Monday, 4 April 2016

ENTRY 2



PERANAN MEDIA SOSIAL KEPADA REMAJA

Media Sosial Sebagai Tempat Berkongsi Cerita.
Dalam era globalisasi ini teknologi semakin maju, tidak dapat dinafikan hadirnya internet semakin diperlukan dalam kehidupan sehari-hari, baik dalam kegiatan sosialisasi, pendidikan, perniagaan, dan sebagainya. Kesempatan ini juga dimanfaatkan oleh penjual telefon pintar serta tablet murah yang bagaikan cendawan dan menjadi trend. Hampir semua orang mempunyai telefon pintar, dengan semakin majunya internet dan hadirnya telefon pintar maka media sosial pun ikut berkembang pesat. Peranan media sosial kepada remaja ialah sebagai tempat meluah tidak kira marah, sedih dan sebagainya. Faktor yang membuatkan remaja berkongsi cerita tentang isi hati atau perasaan mereka ke media sosial seperti facebook dan twitter adalah untuk mengurangkan tekanan yang mana. Di saat remaja merasa bahawa dirinya tidak kuat untuk membendung perasaan dan juga ingin mencurahkan perasaan itu, media sosial-lah adalah salah satu tempat yang dituju. Di media itulah umumnya remaja mencurahkan isi hatinya tentang apa yang ia hadapi sekarang tentang permasalahan dirinya. Dengan perkongsian yang dibuat akan memberikan mereka kepuasan. Remaja juga membuat luahan di dalam media sosial kerana terikut-ikut dengan faktor sekitar. Sebagai contoh, apabila melihat kawan mereka menghantar gambar dalam media massa, mereka juga akan terdorong untuk melakukan benda yang sama. Media sosial merupakan satu medium yang sangat baik dan membantu dalam pelbagai aspek jika ianya digunakan dengan cara yang betul. Oleh itu, golongan remaja perlulah di beri ‘guideline’ penggunaan media sosial dengan cara yang betul bagi mengelakkan masalah-masalah sosial kelak. Pemantauan oleh ibu bapa terhadap penggunaan media sosial oleh anak-anak mereka juga perlu. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan golongan yang paling terdekat untuk memantau anak-anak mereka.