Herba
Mempengaruhi Gaya Hidup Sihat
Fizikal menjaga
kebersihan dan kesihatan tubuh badan,persekitaran dan alam sekitar.
Manakala, dari segi mental mengawal
stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan dan
fikiran. Secara amnya, gaya hidup sihat ialah gaya hidup yang mengutamakan
amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Terdapat pelbagai cara
untuk menjaga kesihatan kita. Antaranya ialah dengan menggunakan herba.
Terdapat banyak herba di Malaysia
yang digunakan sama ada dalam perubatan, kecantikan dan sebagainya. Kebiasaannya cara ubatan tradisional Melayu menggunakan
beberapa jenis tumbuh-tumbuhan herba dalam merawat sesuatu jenis penyakit.
Dimana tumbuh-tumbuhan herba ini akan dicampurkan bersama-sama mengikut cara
yang tertentu. Sama ada dengan cara memasak kesemua tumbuhan tersebut ataupun
dengan mengilingnya dan berbagai cara lagi. Sebagai contoh, apabila
kita mengalami sakit kepala, dengan
menggunakan herba yang ada kita boleh megubatinya dengan mengambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan
tempelkan di kepala yang sakit itu. Dengan itu, herba dapat mempengaruhi gaya
hidup sihat.
Bukan di Malaysia
sahaja yang menggunkan herba untuk menjaga kesihatan, terdapat Negara lain yang
juga menggunakan herba. Khasiat beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tertentu yang
pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat itu sahaja, rupa-rupanya
telah membawa rahmat kepada umat manusia serta dunia, sama ada untuk
menyembuhkan penyakit tertentu ataupun dalam sesuatu bidang perubatan.
Misalnya, pokok chichona, yang berasal dari Peru itu, setelah diproses
oleh pakar-pakar perubatan moden telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk
menyembuhkan penyakit malaria.
Dunia moder pada hari ini juga
menggunakan atau mengambil idea daripada perubatan tradisional yang menggunakan
bahan herba sebagai bahan perubatan. Terdapat banyak herba yang telah terbukti
dapat menyembuhkan penyakit.