Saturday, 7 May 2016

ENTRY 4




Herba Mempengaruhi Gaya Hidup Sihat

Fizikal menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan,persekitaran dan alam  sekitar. Manakala, dari segi mental mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran. Secara amnya, gaya hidup sihat ialah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kesihatan kita. Antaranya ialah dengan menggunakan herba.
Terdapat banyak herba di Malaysia yang digunakan sama ada dalam perubatan, kecantikan dan sebagainya. Kebiasaannya cara ubatan tradisional Melayu menggunakan beberapa jenis tumbuh-tumbuhan herba dalam merawat sesuatu jenis penyakit. Dimana tumbuh-tumbuhan herba ini akan dicampurkan bersama-sama mengikut cara yang tertentu. Sama ada dengan cara memasak kesemua tumbuhan tersebut ataupun dengan mengilingnya dan berbagai cara lagi. Sebagai contoh, apabila kita mengalami sakit kepala, dengan menggunakan herba yang ada kita boleh megubatinya dengan mengambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan tempelkan di kepala yang sakit itu. Dengan itu, herba dapat mempengaruhi gaya hidup sihat.
Bukan di Malaysia sahaja yang menggunkan herba untuk menjaga kesihatan, terdapat Negara lain yang juga menggunakan herba. Khasiat beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tertentu yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat itu sahaja, rupa-rupanya telah membawa rahmat kepada umat manusia serta dunia, sama ada untuk menyembuhkan penyakit tertentu ataupun dalam sesuatu bidang perubatan. Misalnya, pokok chichona, yang berasal dari Peru itu, setelah diproses oleh pakar-pakar perubatan moden telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyembuhkan penyakit malaria.
Dunia moder pada hari ini juga menggunakan atau mengambil idea daripada perubatan tradisional yang menggunakan bahan herba sebagai bahan perubatan. Terdapat banyak herba yang telah terbukti dapat menyembuhkan penyakit.

ENTRI 3



JENAYAH SIBER MEROSAKAN KOMUNIKASI

Kita sering digemparkan dengan kes-kes jenayah siber di dalam akhbar mahupun berita. Dalam parlimen, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata 2 ribu satu aduan kes jenayah siber termasuk penipuan pembelian atas talian diterima Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sejak tahun 2008. Daripada jumlah itu, 391 aduan pengguna dicatatkan bagi tempoh Januari 2014 hingga 2016. Dengan kes jenayah siber yang semakin meningkat, ianya dapat merosakkan komunikasi rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia akan kurang berkomunikasi di laman web sosial kerana takut dengan pelbagai pihak yang ada dalam media sosial. Sebagai contoh, dalam penggunaan Facebook, terdapat ramai individu yang telah digodam atau ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan itu, masyarakat akan takut untuk berkomunikasi di dalam media sosial
            Selain itu, maklumat- maklumat peribadi atau sulit terdedah juga terdedah dengan adanya jenayah siber. Pada masa kini banyak sistem ICT digunakan. Ini kerana melalui intenet, kita tidak perlu keluar dari rumah untuk menyelesaikan urusan. Masyarakat kurang bekomunikasi secara bersemuka dan lebih suka berkomunikasi atas talian. Namun, ianya telah memburukkan keadaan kerana jenayah siber telah mengganggu masyarakat dalam berkomunikasi dengan teknologi ICT. Masyarakat tidak lagi mempercayai iklan atau promosi yang dibuat walaupun iklan atau promosi tersebut betul. Kesannya, komunikasi antara penjual dengan pembeli akan kurang dan merugikan peniaga.