PERKEMBANGAN TEKNOLAGI MAKLUMAT
DALAM PENDIDIKAN
Penggunaan Radio Dalam Pendidikan.
Pada
masa kini, kita tidak dapat lari dari perkembangan teknologi maklumat yang kian
menjadi tumpuan dalam melaksanakan segala perkara kerana ianya mudah dan
pantas. Sejajar dengan itu, penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan juga
telah diguna pakai untuk meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. Salah satu
teknologi maklumat yang digunakan dalam pendidikan ialah radio.
Radio yang asalnya digunakan untuk
peperangan. Dalam peperangan tersebut radio digunakan untuk menghantar
maklumat. Namun, radio kini digunakan untuk pendidikan iaitu radio digunakan
dalam peperiksaan ataupun semasa pelajar membuat latihan. Sebagai contoh,
penggunaan radio dalam peperiksaan MUET iaitu semasa ujian “listening.” Radio dapat
memudahkan. Dengan itu, pelajar akan lebih mudah memahami dan mendengar dengan
jelas dengan perkataan yang disebut dalam radio.
Selain itu, radio juga dapat
menghiburkan pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P). Dengan
hiburan seperti lagu membolehkan pelajar terhibur dan tidak merasa bosan semasa
belajar. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Dengan
menggunakan lagu tersebut, pelajar di beri latihan untuk menulis lirik lagu
dengan tujuan menguji kepekaan pelajar. Disamping itu, dengan kaedah ini akan
dapat menarik minat pelajar.
Di bidang pendidikan, radio
menyebarkan maklumat terkini untuk menambah
wawasan para pelajar
atau pendengar. Seterusnya, berita
atau maklumat yang
disebarkan adalah maklumat yang berdasarkan
fakta, sehingga tidak
berlaku kekeliruan atau salah faham. Radio dalam
bidang pendidikan ini juga memberikan
dorongan atau motivasi
bagi para pelajar
untuk menjadikan peribadi yang lebih kreatif.
Kesimpulannya, perkembangan
teknologi maklumat tetah mendatangkan banyak kebaikan dalam pendidikan di
Malaysia. Dengan itu, kita perlu memanfaatkan teknologi maklumat ini dengan
sebaiknya sejajar dengan wawasan 2020 iaitu menjadi Negara maju. Namun, jika
ianya tidak dikawal, kemungkinan akan mendatangkan kesan negatif kepada
pelajar.