Monday, 14 March 2016

Entry 1




PERKEMBANGAN TEKNOLAGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan Radio Dalam Pendidikan.

Pada masa kini, kita tidak dapat lari dari perkembangan teknologi maklumat yang kian menjadi tumpuan dalam melaksanakan segala perkara kerana ianya mudah dan pantas. Sejajar dengan itu, penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan juga telah diguna pakai untuk meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. Salah satu teknologi maklumat yang digunakan dalam pendidikan ialah radio.
            Radio yang asalnya digunakan untuk peperangan. Dalam peperangan tersebut radio digunakan untuk menghantar maklumat. Namun, radio kini digunakan untuk pendidikan iaitu radio digunakan dalam peperiksaan ataupun semasa pelajar membuat latihan. Sebagai contoh, penggunaan radio dalam peperiksaan MUET iaitu semasa ujian “listening.” Radio dapat memudahkan. Dengan itu, pelajar akan lebih mudah memahami dan mendengar dengan jelas dengan perkataan yang disebut dalam radio.
            Selain itu, radio juga dapat menghiburkan pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P). Dengan hiburan seperti lagu membolehkan pelajar terhibur dan tidak merasa bosan semasa belajar. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Dengan menggunakan lagu tersebut, pelajar di beri latihan untuk menulis lirik lagu dengan tujuan menguji kepekaan pelajar. Disamping itu, dengan kaedah ini akan dapat menarik minat pelajar.
            Di bidang pendidikan, radio menyebarkan maklumat terkini untuk menambah wawasan para pelajar atau pendengar. Seterusnya, berita atau maklumat yang disebarkan adalah maklumat yang berdasarkan fakta, sehingga tidak berlaku kekeliruan atau salah faham. Radio dalam bidang pendidikan ini juga memberikan dorongan atau motivasi bagi para pelajar untuk menjadikan peribadi yang lebih kreatif.
            Kesimpulannya, perkembangan teknologi maklumat tetah mendatangkan banyak kebaikan dalam pendidikan di Malaysia. Dengan itu, kita perlu memanfaatkan teknologi maklumat ini dengan sebaiknya sejajar dengan wawasan 2020 iaitu menjadi Negara maju. Namun, jika ianya tidak dikawal, kemungkinan akan mendatangkan kesan negatif kepada pelajar.
           

No comments:

Post a Comment