Saturday, 7 May 2016

ENTRI 3



JENAYAH SIBER MEROSAKAN KOMUNIKASI

Kita sering digemparkan dengan kes-kes jenayah siber di dalam akhbar mahupun berita. Dalam parlimen, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata 2 ribu satu aduan kes jenayah siber termasuk penipuan pembelian atas talian diterima Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sejak tahun 2008. Daripada jumlah itu, 391 aduan pengguna dicatatkan bagi tempoh Januari 2014 hingga 2016. Dengan kes jenayah siber yang semakin meningkat, ianya dapat merosakkan komunikasi rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia akan kurang berkomunikasi di laman web sosial kerana takut dengan pelbagai pihak yang ada dalam media sosial. Sebagai contoh, dalam penggunaan Facebook, terdapat ramai individu yang telah digodam atau ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan itu, masyarakat akan takut untuk berkomunikasi di dalam media sosial
            Selain itu, maklumat- maklumat peribadi atau sulit terdedah juga terdedah dengan adanya jenayah siber. Pada masa kini banyak sistem ICT digunakan. Ini kerana melalui intenet, kita tidak perlu keluar dari rumah untuk menyelesaikan urusan. Masyarakat kurang bekomunikasi secara bersemuka dan lebih suka berkomunikasi atas talian. Namun, ianya telah memburukkan keadaan kerana jenayah siber telah mengganggu masyarakat dalam berkomunikasi dengan teknologi ICT. Masyarakat tidak lagi mempercayai iklan atau promosi yang dibuat walaupun iklan atau promosi tersebut betul. Kesannya, komunikasi antara penjual dengan pembeli akan kurang dan merugikan peniaga.

No comments:

Post a Comment