PERANAN MEDIA SOSIAL KEPADA REMAJA
Media Sosial Sebagai Tempat Berkongsi
Cerita.
Dalam era globalisasi ini teknologi semakin maju, tidak
dapat dinafikan hadirnya internet semakin diperlukan dalam kehidupan
sehari-hari, baik dalam kegiatan sosialisasi, pendidikan, perniagaan, dan
sebagainya. Kesempatan ini juga dimanfaatkan oleh penjual telefon pintar serta
tablet murah yang bagaikan cendawan dan menjadi trend. Hampir semua orang
mempunyai telefon pintar, dengan semakin majunya internet dan hadirnya telefon
pintar maka media sosial pun ikut berkembang pesat. Peranan media sosial kepada
remaja ialah sebagai tempat meluah tidak kira marah, sedih dan sebagainya. Faktor
yang membuatkan remaja berkongsi cerita tentang isi hati atau perasaan mereka ke
media sosial seperti facebook dan twitter adalah untuk mengurangkan tekanan
yang mana. Di saat remaja merasa bahawa dirinya tidak kuat
untuk membendung perasaan dan juga ingin mencurahkan perasaan itu, media
sosial-lah adalah salah satu tempat yang dituju. Di media itulah umumnya remaja
mencurahkan isi hatinya tentang apa yang ia hadapi sekarang tentang
permasalahan dirinya. Dengan perkongsian
yang dibuat akan memberikan mereka kepuasan. Remaja juga membuat luahan di
dalam media sosial kerana terikut-ikut dengan faktor sekitar. Sebagai contoh,
apabila melihat kawan mereka menghantar gambar dalam media massa, mereka juga
akan terdorong untuk melakukan benda yang sama. Media sosial
merupakan satu medium yang sangat baik dan membantu dalam pelbagai aspek jika
ianya digunakan dengan cara yang betul. Oleh itu, golongan remaja perlulah di
beri ‘guideline’ penggunaan media sosial dengan cara yang betul bagi
mengelakkan masalah-masalah sosial kelak. Pemantauan oleh ibu bapa terhadap
penggunaan media sosial oleh anak-anak mereka juga perlu. Hal ini kerana, ibu
bapa merupakan golongan yang paling terdekat untuk memantau anak-anak mereka.